== Pengenalan ==
[[Berkas:Suleiman Mosque.jpg|thumb|left|275px|The [[Masjid Suleiman]] (Süleymaniye Camii) di [[Istanbul]] dibangun atas petunjuk sultan [[Sulaiman yang Agung]] oleh arsitek [[Ustmaniyyah]]; [[Sinan]] pada tahun [[1557]]]]
[[Islam]] muncul di [[Jazirah Arab]] pada kurun ke-7 masehi ketika [[Nabi Muhammad s.a.w.]] mendapat wahyu dari [[Allah]] s.w.t. Setelah kematian Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh [[Samudra Atlantik]] di Barat dan [[Asia Tengah]] di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.
Namun demikian, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan [[Umayyah]], kerajaan [[Abbasiyyah]], kerajaan [[Seljuk|Turki Seljuk]], [[Kekhalifahan Ottoman]], [[Kemaharajaan Mughal]] [[India]], dan [[Kesultanan Melaka]] telah menjadi kerajaaan yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu [[Tamadun Islam]] yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli filsafat dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada [[Zaman Emas Islam]].
Pada kurun ke-18 dan ke-19 masehi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah [[Eropa]]. Selepas [[Perang Dunia I]], Kerajaan Ottoman yaitu kekaisaran Islam terakhir tumbang menyembah bumi.