Dengki itu membakar kebaikan sebagaimana api membakar kayu,Sedangkan sedekah itu menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api (HR.Ibnu Majah)

Rabu, 26 Agustus 2009

Nabi Muhammad s.a.w.

== Nabi Muhammad s.a.w. ==

{{utama|Muhammad}}
Jazirah Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang dilewati oleh [[jalur sutera]]. Kebanyakkan orang [[Bangsa Arab|Arab]] merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama [[Kristen]] dan [[Yahudi]]. [[Mekah]] ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu karana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga [[Zamzam]] dan yang paling penting sekali [[Kaabah]].

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah pada [[Tahun Gajah]] (570 atau 571 masihi). Ia merupakan seorang anak yatim sesudah ayahnya [[Abdullah bin bdul Muthalib]] dan ibunya [[Aminah binti Wahab]] meninggal dunia. Ia dibesarkan oleh pamannya yaitu [[Abu Thalib]]. Baginda kemudiannya menikah dengan [[Siti Khadijah]] dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, beliau didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Sesudah beberapa waktu beliau mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rekan-rekan terdekatnya yang dikenal sebagai [[as-Sabiqun al-Awwalun(Orang-orang pertama yang memeluk Islam)|as-Sabiqun al-Awwalun]] dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masehi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke [[Madinah]]. Peristiwa ini disebut [[Hijrah]]. Peristiwa lain yang terjadi setelah hijrah adalah dimulainya kalender Hijrah .

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam yang tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota [[Mekah]]. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh [[Jazirah Arab]] di bawah penguasaan orang Islam.